WELCOME TO MY OFFICIAL BLOG - CERITA JIJUN

Thursday, 22 December 2011

PMR RESULT

HELLO .. hari ni 'result' pmr keluar so mestilah bebudak pmr getaq gilaa kan . haha . nk getar buat apa , nk amek result ja pon . jawab2 dah . so kena terima la apa pon result nanti .. *saja la aq menyebok nk update post sal PMR dah bosan gilos nie haehe ... 


kat FACEBOOK  Tadi ramai juga yang post sal pmr N kebanyaknya dapat result yang elok laa ..  


nie ada sedikit berita sal pmr td : 



PUTRAJAYA – Seramai 34,271 pelajar daripada 441,137 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pada 2010.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata ini merupakan peningkatan 0.75 peratus.
“Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.
Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.
Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.
Calon yang mendapat minimum gred D pula meningkat 61.88 peratus kepada 272,966 berbanding 265,388 tahun lalu, katanya.
Bagi pencapaian calon luar bandar pula, mereka yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 6,474 orang berbanding 5,825 tahun lalu, manakala calon di bandar yang mendapat semua A melonjak 0.86 peratus kepada 26,189 berbanding 24,084 orang tahun lepas.
Calon yang mendapat semua gred E pula terus menunjukkan penurunan baik di bandar mahupun di luar bandar, iaitu di bandar hanya 216 orang berbanding 249 tahun lepas, sementara di luar bandar menurun kepada 121 berbanding 132 orang pada 2010.
“Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar,” katanya. – BERNAMA

haha .. tahniah3 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana membaca :)
tinggalkan komen dan cadangan anda dibawah
(anonymous users)